Ficool

Chapter 2 - 2 Menuju Eliora

Setelah berjaya menjinakkan Wypan dengan kemahiran BloodLine, Izumi segera menggunakan BloodSpace. Aura merah kehitaman menyelubungi tangannya, lalu seekor makhluk berbisa sebesar rumah itu lenyap ke dalam darahnya seolah-olah ditelan bayangan. Nafas Izumi terhela panjang. Misinya belum selesai.

Langkahnya diteruskan, namun belum sempat jauh melangkah, satu notifikasi suara bergema dalam kepalanya.

> [Pesanan diterima dari Iki dan Alia]

"Ayah dan ibu akan mulakan raid trio dengan Boss Monster berlevel 600 di Eliora jam 9.00 malam (waktu dunia nyata). Sekarang pukul 8.40. Jumpa di Tugu Pahlawan Kota Eliora."

Mata Izumi membulat. Wajahnya sedikit panik.

“Hanya tinggal dua puluh minit?!”

Tanpa berlengah, Izumi terus memecut sepantas mungkin. Tapak kakinya memijak tanah berbatu dengan penuh kekuatan, debu terbang ke udara. Namun jauh di sudut hatinya, dia tahu mustahil untuk sampai tepat pada waktunya hanya dengan berlari.

Tiba-tiba satu ilham menyambar benaknya. Jantungnya berdegup kencang.

“Wypan!”

Dia segera berhenti di kawasan lapang. Kedua-dua tangannya disilangkan di hadapan dada.

“BloodSpace! Munculkan Wypan!”

Seketika, lingkaran merah terbentuk di tanah. Kabus merah pekat mula berkumpul, berpusing seperti pusaran neraka. Angin liar mengamuk, mencengkam sekeliling hingga ranting-ranting kecil tercabut dari pohon. Dari tengah lingkaran itu, siluet seekor makhluk gergasi muncul—Wypan. Raja Wypan Beracun kini kembali dalam bentuk fizikalnya yang menggerunkan.

Sebaik sahaja muncul, Izumi mengerang sedikit. Tubuhnya seperti dihimpit sesuatu. Sistem paparan muncul.

> Mana -100. Penggunaan BloodSpace bergantung kepada saiz makhluk.

“Ohh... makin besar, makin tinggi kos mana.”

Izumi tersenyum nipis lalu mengangkat tangan, menyentuh kepala Wypan.

“Mulai hari ini, nama kau... Mi.”

> [Penetapan nama berjaya. ‘Mi’ telah didaftarkan sebagai nama rasmi raja Wypan beracun milik anda.]

Mi mengaum garang, seolah-olah memahami takdir barunya.

“Mi, bawa aku ke Kota Eliora—terbang sepantas mungkin!”

“Uuaurrrrhh!!!” ngaum Mi, menggetarkan udara.

Dengan sigap, Mi membongkok. Izumi melompat naik ke atas punggungnya. Dalam sekelip mata, sayap raksasa mengembang, mencipta ledakan angin yang menolak rumput dan tanah. Mi mengepak tinggi ke langit, meninggalkan jejak kabus merah di langit petang yang mulai gelap.

Di hadapan Tugu Pahlawan, Kota Eliora—

Iki dan Alia berdiri sambil memerhati kesibukan pemain yang berkumpul di dataran utama. Lampu-lampu kristal sihir bergemerlapan, menerangi kota suci itu. Pasangan suami isteri itu kelihatan tenang, walau riak wajah mereka memancarkan kerisauan.

“Ramai orang hari ni, kan, abang?” tanya Alia lembut.

“Mereka tunggu pemain kuat yang khabarnya akan tiba malam ni. Mungkin juga streamer terkenal,” balas Iki, tersenyum tipis.

Tiba-tiba satu jeritan memecah suasana:

“WOI! TENGOK TU! LANGIT!”

Semua kepala berpaling. Dari kejauhan, bayangan seekor makhluk bersayap gergasi sedang menghampiri dengan kelajuan luar biasa. Dan di atas makhluk itu, jelas kelihatan seorang gadis berbaju putih laboh —berambut panjang berkibar di udara, mata bersinar merah keunguan.

“Dia... dia tunggang raja Wypan?!”

“Betul ke tu pemain baru yang terkuat tu?!”

Sorakan dan kekecohan mula tercetus.

Alia dan Iki hanya menyaksikan sahaja

Dalam keadaan kota Eliora yang sesak dengan para pemain, tiba-tiba Iki dan Alia menerima satu mesej daripada Izumi:

> "Ayah, Ibu... Izumi dah sampai, tapi Izumi tak dapat mendekat sebab terlalu ramai orang. Boleh tak Ayah dan Ibu lompat naik ke atas wypan yang sedang terapung di atas kepala Ayah dan Ibu sekarang?"

Iki dan Alia saling berpandangan dengan wajah bingung. Namun kerana ia permintaan anak mereka sendiri, mereka tidak punya pilihan selain mempercayainya.

Saat mereka bersedia untuk melompat, wypan tersebut perlahan-lahan menurunkan ketinggiannya seolah-olah memahami maksud mereka.

Sebaik sahaja mereka berjaya naik ke belakang wypan itu, pandangan mereka tertumpu kepada seorang gadis berambut panjang yang sedang berdiri megah di atas belakang raksasa itu, mengenakan jubah putih panjang yang berkibar lembut ditiup angin malam. Nama pemain "Izumi" tertera jelas di atas kepalanya.

Gadis itu berpaling, memandang ke arah mereka berdua sambil tersenyum manis. Suaranya lembut memanggil:

> "Ayah... Ibu..."

Alia hampir menitiskan air mata. Wajah anaknya yang kini berubah menjadi seorang gadis jelita terpancar keikhlasan dan kasih sayang.

> "Izumi... ini kamu? Tak sangka Anak Ibu kini berubah menjadi gadis yang sangat cantik walaupun penampilan kamu tak berubah banyak dari dunia nyata tapi kamu tetap cantik?!"

> "Namun terdapat beberapa perbezaan antara sini dan dunia nyata Seperti kuping teliga yang tajam menunjukkan bahawa cari khas bangsa elf dan vampire. Kalau di dunia nyata kuping teliga kamu adalah manusia normal dan kuku dan gigi tari kamu tak sepanjang kaum vampire"

Tanpa menunggu, Alia terus memeluk Izumi erat, disusuli Iki yang menahan sebak di dada.

> "Izumi, Ayah nak tanya... macam mana kamu boleh jinakkan Raja Wypan Beracun ni? Kalau tak silap, hanya beberapa pekerjaan je yang ada kemahiran Penjinak (Tamer)?"

> "Ohh… kemahiran ini bukan dari pekerjaan, tapi daripada ras Izumi sendiri."

> "Hah?" Iki terkejut dan menggaru kepala.

> "Kamu pasti? Bukan daripada job?"

> "Pasti, sebab sistem sendiri tulis notisnya begitu masa skill tu aktif."

Iki mengangguk perlahan.

> "Hmmm... betul juga. Sistem tak pernah silap bagi maklumat."

Alia mencelah, ingin tahu lebih lanjut.

> "Izumi, boleh Ibu tahu, apa ras dan pekerjaan yang kamu dapat dalam game ni?"

> "Ras Izumi ialah Blood Vampire Queen, tapi rank dia Izumi pun tak pasti. Untuk pekerjaan pula, ada dua — Demon Hunter dan Demon Slayer. Tapi dalam status, dia tulis ‘Demon Hunter X Slayer’.”

Iki dan Alia terdiam — wajah mereka berubah serius.

> "Kenapa Ayah dan Ibu diam? Ras dan job tu tak bagus ke...?"

Iki menggeleng, dan Alia menjawab dengan nada risau.

> "Bukan tak bagus, Izumi. Malah... terlalu hebat."

Iki menambah:

> "Dua-dua job kamu tu bukan biasa-biasa. Mereka memang dicipta untuk memburu — sama ada pemain atau raksasa. Ada kesan tetap seperti menurunkan tahap musuh 20%, kurangkan statistik musuh sebanyak 50%, dan tingkatkan hasil EXP sebanyak 30%. Tapi itu bukan yang merisaukan kami..."

> "Yang kami bimbangkan... ialah ras kamu tu, Blood Vampire Queen. Ia bukan sekadar ras kuat, ia direka untuk berdiri sendiri tanpa perlu bantuan job. Dengan BVQ sahaja, kamu dah boleh menyaingi bos terakhir game ini."

Alia memegang tangan Izumi.

> "Jadi mulai sekarang, kalau ada orang tanya... cakap saja kamu ras Elf biasa, ya? Kami tak nak ras kamu diketahui ramai dan menjadi sasaran.”

"Kenapa, ibu, ayah...?" tanya Izumi perlahan, matanya tertancap pada wajah ibu dan ayahnya, penuh dengan rasa ingin tahu.

"Kenapa?" ulang Iki sambil menghela nafas perlahan. "Kerana dalam dunia ini, keseimbangan adalah segalanya. Kalau rahsia itu terbongkar, keseimbangan dunia NeverLandOnline mungkin akan hancur. Dan bila itu berlaku, kita takkan mampu kawal apa yang datang selepasnya..."

Izumi hanya mengangguk perlahan, menyimpan kata-kata ayahnya dalam hati.

"Jadi, ayah... world boss tu kat mana?"

"Di selatan Kota Eliora," jawab Iki pantas. "Terletak jauh dalam perut gunung berapi milik Kerajaan Eliora. Tempat itu... bukan sekadar panas, ia adalah neraka bagi mereka yang tidak bersedia."

Tanpa membuang masa, Izumi segera memberi arahan kepada Mi. "Mi! Bawa kami ke gunung berapi Kerajaan Eliora! Sepantas mungkin!"

Mi mengaum garang, lalu kepaknya mengepak kuat dan terbang membelah langit malam. Angin deras memukul wajah Izumi, namun matanya tetap tajam memandang ke hadapan—arah yang dituju, tak boleh dilengahkan.

Dari bawah, ribuan pemain yang berkumpul di sekitar kawasan gunung berapi terpaku menyaksikan kemunculan makhluk yang jarang dilihat—raja wypan beracun, terbang tinggi sambil membawa tiga sosok pemain di atasnya. Dua daripada mereka dikenali serta-merta—Iki dan Alia, ikon legenda yang hanya dilihat dalam senarai pemain terkuat. Namun, siapa gadis misteri yang menunggang di hadapan mereka?

"Oi, tu bukan ke Raja wypan beracun yang mustahil dijinakkan tu?"

"Atas dia ada... Iki dengan Alia?? Gila, dua ranker tu naik sama-sama?"

"Tapi siapa yang bawa mereka?! Siapa yang duduk depan sekali tu?!"

"Mungkin... pemain baru? Tapi bukan sebarang pemain... dia jinakkan Raja wypan beracun kot!"

Riuh-rendah bergema di kalangan pemain yang berkumpul. Siaran langsung, forum dan grup pemain mula meletup dengan khabar angin dan teori. Gadis misteri itu kini menjadi tumpuan utama seluruh NeverLandOnline.

Setibanya di kaki gunung, Izumi segera menyimpan Mi ke dalam BloodSpace. Nafasnya sedikit tercungap-cungap.

mana yang dimakan ketika menyimpan Mi bukan sedikit. Gua besar di hadapan mereka memancarkan haba yang membara, seolah-olah memberi amaran bahawa nyawa yang masuk belum tentu akan keluar.

"Kita masuk sekarang," ujar Iki serius. "Menurut informasi dari sistem dalaman, boss kali ini ialah Hydra berkepala tiga. Ia bukan sahaja punya regenerasi tahap dewa, tapi semburan apinya boleh meneutralkan buff dan bakar kamu hidup-hidup. Kulitnya sekeras batu mytical, dan yang paling bahaya—ia kebal terhadap semua elemen teras."

"Elemen teras?" tanya Izumi, dahi berkerut.

"Ya, elemen asas dunia ini—api, air, tanah dan angin," terang Alia. "Mage yang hebat mampu gabungkan elemen untuk cipta serangan yang lebih kompleks. Api campur air jadi wap, wap campur angin jadi petir, dan kalau petir disatukan dengan api... boom. Letupan tahap bencana."

"Tapi bukankah Mage cuma perlu baca mantera? Kenapa perlu faham semua teori elemen ni?"

Iki tersenyum tipis, seperti seorang guru sedang mengajar murid istimewanya. "Kerana kekuatan sejati bukan datang dari mantera semata. Dalam dunia ini, elemen takkan tunduk pada pemain yang tak faham atau tak serasi dengannya. Malah, emosi kamu pun akan mempengaruhi kestabilan elemen tersebut."

Izumi terdiam. Dunia NeverLandOnline semakin terasa nyata. Cabaran di hadapan bukan lagi sekadar permainan. Ia seperti satu peperangan—antara kuasa, takdir dan kebenaran yang perlahan-lahan terbongkar.

Izumi hanya terdiam mendengar penjelasan bapa dan ibunya. Matanya menatap wajah ibunya, namun jelas terpancar kekeliruan. Seolah-olah semua maklumat tentang elemen dan emosi tadi langsung tidak melekat dalam kepalanya.

Alia mengeluh lembut sebelum tersenyum. "Hmmm... senang cerita, mage dalam dunia ini ada kaitan dengan sains dan emosi. Dari segi sains, mencampurkan dua atau lebih elemen boleh hasilkan elemen baru. Tapi kekuatan sebenar datang dari emosi. Semakin kuat emosi seseorang, semakin hebat kuasa elemen mereka."

"Ohhh... macam tu." Izumi mengangguk perlahan, masih cuba menghadam penjelasan itu. "Tapi ibu, bukankah itu menjadikan mage tak efisien? Kalau nak guna magic pun kena campur elemen dulu, makan masa."

Alia ketawa kecil. "Itu tanggapan biasa. Sebenarnya, setiap kali kamu berjaya cipta elemen baru, sistem akan secara automatik daftarkan ia sebagai satu skill tetap. Maksudnya, kamu tak perlu campur elemen tu setiap kali. Ia akan kekal jadi skill kamu. Malah, elemen yang kamu gabung pun tak hilang."

Sebelum sempat Izumi membalas, suara tegas ayahnya, Iki, memecah suasana. "Dah, jom masuk. Boss takkan tunggu kita."

Ketika melangkah masuk ke dalam gua, suasananya bertukar suram. Gua itu gelap, namun masih cukup cahaya untuk melihat sekeliling. Bau belerang pekat menusuk hidung, dan dari dinding gua, suara mengerang halus kedengaran... sesuatu sedang menunggu.

"Berhati-hati," bisik Iki.

Tiba-tiba, dari bayang-bayang, muncul seekor makhluk menyeramkan—Lava Spider, seekor labah-labah raksasa yang mengeluarkan benang sekeras besi dan sepanas lava dari perutnya.

"Izumi!" jerit Iki. "Kamu ada skill atau senjata? Kalau tak, berlindung di belakang ibu sekarang!"

Izumi mengangguk dan melangkah ke belakang Alia. Walaupun levelnya tinggi, tanpa senjata, dia tidak mampu memberi kerosakan yang signifikan.

Iki melangkah ke depan, mengangkat kedua-dua pedangnya tinggi. Aura biru mula berputar di sekeliling tubuhnya, berkumpul ke hujung bilah pedangnya.

"Sword Qi! Tebasan Elemen Air!"

Dengan satu hayunan berganda, dua garis biru bercahaya meluncur di udara, menyapu bersih makhluk-makhluk yang menghalang laluan mereka. Bunyi dentuman dan desiran air bercampur dengan jeritan kematian makhluk-makhluk itu.

"Mari, kita teruskan raid."

Izumi hanya mampu memandang dalam diam. Kekaguman jelas terpancar di wajahnya. Melihat sendiri kekuatan bekas top 1 player secara langsung membuatkannya sedar betapa jauhnya jurang antara mereka.

Lantai demi lantai, mereka bertarung. Bahaya semakin bertambah, tetapi mereka terus mara—hingga akhirnya mereka tiba di lantai terakhir, tempat bersemadinya boss dungeon.

"Izumi, tunggu!" Alia menahan anaknya sebelum masuk. "Ibu belum beri buff lagi."

"Buff?" Izumi memandang pelik.

"Ya, sebelum menyerang boss, kita perlu persiapan. Lagi-lagi kumpulan kita hanya bertiga. Tiada ranger, tiada dealer, tiada tanker penuh."

"Ibu tahu kamu semangat nak berlawan, tapi kita kena bertindak sebagai satu pasukan. Jangan bertindak terburu-buru."

Izumi mengangguk perlahan, mengakui kebenaran kata-kata ibunya.

Selepas 15 minit bersiap—mengaktifkan pelbagai buff dan perisai—akhirnya mereka melangkah masuk ke dalam ruangan boss.

Perlahan-lahan, obor-obor di dinding menyala satu persatu, menerangi ruangan luas itu. Pilar-pilar batu mula muncul dari tanah, sebahagiannya mengeluarkan api, lava yang mengalir deras, dan gas beracun yang memedihkan mata. Aura kegelapan menyelubungi tempat itu, seperti memberi amaran terakhir kepada sesiapa yang berani mencabar penghuni dalamnya.

Kruckkk… Kruckkk…

Bunyi batu retak mula bergema. Suasana ruang bos yang gelap dan sunyi mula terasa berbahaya. Ketiga-tiga mereka—Izumi, Iki, dan Alia—mengangkat pandangan ke atas.

Di antara celahan batu siling yang menjulang tinggi, seekor Hydra gergasi melilit tubuhnya pada batu-batu tajam. Tiga kepala mengintai mangsanya dari atas, mata bersinar kehijauan, dan tubuh bersisik merah tua seperti darah beku. Nafas panasnya menggema, dan aura pembunuh mula memenuhi ruangan.

"Boss jenis ini... berbahaya. Jangan ambil mudah," bisik Alia.

Dengan sepantas kilat, Alia melancarkan Throw Breaker diikuti Ice Breaker. Serangan itu mencetuskan letupan berais yang melingkari tubuh Hydra, mengurangkan ketahanan bos itu sebanyak 20%. Lebih dari itu—status Beku berjaya dikenakan.

“Izumi!” jerit Iki. “Tarik perhatian boss selama tiga minit! Jangan bagi dia lepaskan diri!”

“Baik, ayah!” balas Izumi.

Izumi mara ke hadapan dengan langkah yakin. Tangan kirinya terangkat, mencengkam udara. Mata merahnya bersinar dengan kuasa vampira.

“Crimson Domain – Blood Sovereign!”

Tanah di sekelilingnya berubah warna, bertukar menjadi medan berdarah pekat. Rantai-rantai merah muncul dari bawah, membelit setiap bahagian tubuh Hydra—dari ekor hingga ke kepalanya. Makhluk itu meronta-ronta, tetapi gagal melepaskan diri.

“Sekarang, Alia, beri aku buff penuh!”

“Serahkan pada ibu,” ujar Alia tenang sambil merafal mantera. Aura keemasan menyelubungi Iki dan Izumi—meningkatkan kekuatan, kelincahan, pertahanan, dan ketahanan sihir.

Iki menarik nafas dalam. Kedua-dua pedangnya terangkat, mula bergetar dengan tenaga yang dahsyat.

“Summon Spirit!”

Cahaya putih muncul, menyatu ke dalam tubuh Iki. Energinya melonjak naik.

“Sword Qi – Element Slash!”

Kedua-dua pedang kini berbalut kilauan energi pedang dan unsur roh. Tanah seolah-olah bergelombang dengan tekanan kuasa yang dilepaskan.

“IZUMI! UNDUR SEKARANG!”

Izumi melompat ke belakang, melepaskan ruang untuk ayahnya bertindak.

“Fusion Mode – Heaven’s Judgment!”

Dengan raungan penuh semangat, Iki melepaskan satu tebasan maha dahsyat—gelombang berkilat yang menelan medan pertempuran. Ruangan itu bergetar hebat, pilar-pilar batu runtuh, dan tanah merekah sepanjang garis serangan. Ketiga-tiga kepala Hydra meledak dalam cahaya. Mencipta gelombang udara yang kuat di sekitar lalu menghempaskan ke udara.

Izumi berdiri dengan nafas tercungap-cungap, memandang kearah hydra turut terseret di bawa gelombang udara itu.

Iki menoleh ke arahnya.

“Izumi…Bertahanlah ayah datang.” sahut ayahnya ke arah izumi yang dengan dalam keadaan melayang.

Namun sebelum sempat Izumi mendarat, kepala kanan Hydra tiba-tiba meluncur deras ke arahnya, mulut ternganga luas dengan gigi tajam seperti tombak besi panas—bersedia menelannya hidup-hidup!

“Izumiiii!!” jerit Alia cemas.

Dalam sekelip mata, bayang tubuh Iki muncul di antara Izumi dan kepala ular tersebut. Dengan satu pergerakan pantas, dia menangkis serangan itu menggunakan kedua-dua pedangnya.

“Dual Shield Slash!”

Serangan itu menghasilkan percikan api dan gelombang kejutan yang menolak kepala Hydra ke belakang. Namun impaknya tetap kuat. Iki terpelanting ke sisi, melanggar batu besar dan terbatuk darah.

“Ayah!” Izumi berteriak, panik dan bergegas ke arah ayahnya.

“Aku tak apa... Jangan berhenti! Fokus pada pertarungan ini, Izumi! Dia dah mula lemah. Sekarang masanya!” ujar Iki dengan suara yang lemah tapi tegas.

Hydra mula mengamuk. Kulitnya mengeluarkan wap panas, dan dari mulut ketiga-tiga kepalanya muncul simbol api yang berpusing-pusing.

[Amaran: Hydra Lava memasuki Fasa Kedua!]

[Skill Aktif: Semburan Lava | Aura Panas Melampau | Regenerasi Ganda]

Lantai ruangan mula retak, dan lahar mula meleleh dari celah-celah batu. Suhu semakin meningkat hingga kelihatan kabus panas memenuhi kawasan. Pilar-pilar mula terbakar sendiri, dan gas beracun mula merebak perlahan.

Alia menghunuskan pedang sihirnya yang berkilauan cahaya suci. Suaranya tenang tetapi penuh keyakinan.

“Frozen Blessing – Perisai Ais Abadi!”

Aura biru pekat menyelubungi tubuh mereka bertiga, memberikan pertahanan sementara daripada suhu tinggi dan gas beracun.

Alia menunduk sejenak, kemudian mengangkat tangannya ke langit gua yang terbakar. Suara lembutnya berubah menjadi lantunan mantra suci yang menggema.

“Celestial Rite: Lux Nova Judgment!”

Langit ruang boss retak, lalu cahaya suci memancar deras turun seperti hujan tombak cahaya, memaku tubuh Hydra dan memperlahankan gerakannya. Ketiga-tiga kepala Hydra meraung kesakitan, dan sistem memberikan amaran kritikal:

[Hydra terkena debuff Celestial! Keupayaan regenerasi dibekukan sementara!]

“Izumi! Sekarang atau tak pernah! Gunakan apa sahaja kekuatan yang ada padamu! Ingat… kamu bukan budak biasa!”

Izumi menggenggam tombak darahnya erat. Nafasnya berat. Dalam hatinya, dia menjerit:

“Aku tak boleh jadi beban… Aku anak kepada pemain legenda! Aku Blood Vampire Queen!”

Darah di sekelilingnya berputar, membentuk lingkaran sihir merah gelap. Rambutnya melayang, matanya bersinar terang dan aura darahnya melonjak ke tahap maksimum. Dia berdiri megah di atas batu menghadap Hydra, walaupun kecil, namun penuh dengan karisma dan ketegasan.

“Darahku, semangatku… Demi yang aku lindungi!!”

“Skill Aktif – Crimson Domain: Rantaian Darah Naga!!”

Dari langit gua, rantai berdarah turun seperti kilat dan mengikat ketiga-tiga kepala Hydra. Rantai itu berdenyut seperti hidup, memaksa boss itu tunduk sementara. Ruangan bergetar, dan sistem memberi notifikasi:

[Hydra telah diikat! Tempoh: 10 saat!]

Iki dan Alia membuka mata luas. Mereka tahu, itu peluang emas.

“Izumi… hebatnya kamu,” bisik Iki sambil tersenyum tipis.

“Kita tamatkan ini—sebagai satu keluarga!” kata Alia.

Ketiga-tiganya melompat serentak ke arah kepala Hydra.

— Izumi dengan tombak darahnya menyambar kepala tengah. — Iki dengan tebasan pedang bertahap Master Qi menebas kepala kiri. — Alia, dengan pedang sihir bercahaya putih emas, menghunus ke kepala kanan sambil meledakkan cahaya Celestial terakhir.

Tiga letupan cahaya, darah, dan aura memenuhi ruang gua. Asap dan cahaya menyilaukan memenuhi medan—kelihatan seperti penghabisan segalanya.

Namun…

Sistem tiba-tiba berbunyi semula dengan nada yang lebih berat dan menegangkan:

[Amaran: Boss Hydra memasuki Kondisi Tersembunyi – Fasa Ekstra Telah Diaktifkan!]

Ketiga-tiga kepala Hydra yang kelihatan sudah hancur tadi tumbuh kembali dan mengeluarkan jeritan serentak. Darah gelap mengalir dari tubuhnya, lalu menyerap kembali ke dalam lantai lava. Seluruh gua bergoncang lebih kuat, dan cahaya merah menyelubungi kawasan.

Dari celah tubuhnya yang koyak, sisik baharu mula tumbuh—berkilauan seperti batu obsidian. Tanduk api terbit di atas kepalanya, dan satu kepala baharu perlahan-lahan muncul dari tubuhnya—menjadikan jumlahnya empat!

Sistem menyambung:

[Hydra: Form Lava Seraph – Rank Abyss | HP: 300% | Aura: Chaos Lava & Divine Venom]

[Status: Berserk | Mode: Kill on Sight | Target: Izumi]

Alia menggenggam pedangnya lebih erat, peluh mengalir di dahinya. Iki berdiri di sisi Izumi yang terkejut dan keletihan.

“Ini… bukan pertarungan biasa lagi,” kata Iki perlahan. “Fasa terakhir… fasa yang tak pernah dicapai oleh mana-mana pemain…”

Alia menjeling pada Izumi yang hampir tidak mampu berdiri.

“Bersedialah… ini bukan hanya ujian kekuatan, tapi juga ikatan kita sebagai satu keluarga!”

Serentak mereka ayah dan anak menganggukkan kepalanya.

Langit gua mula meretak, api meleleh seperti air hujan dari celahan batu. Empat kepala Hydra mengaum serentak—memuntahkan lava, racun, gelombang angin, dan kilauan gelap suci dalam serangan bersilang tanpa henti.

“Izumi, jaga sisi kanan ibu!” jerit Alia, bergerak lincah.

Tangannya mengangkat pedang satu tangan, manakala di belakangnya, sebuah buku sihir tidak kelihatan melayang perlahan. Hanya gelombang halus udara dan kilatan kecil menunjukkan kewujudannya.

“Grimoire, respons mod Celestial. Salin urutan: Kod 091-Angelus.”

“Skill Aktif: Lightstorm Aria – Symphony of Celestial Blades!”

Langit gua menyinar putih keemasan. Pedang-pedang sihir cahaya turun seperti hujan meteor, menghentam kepala kedua dan ketiga Hydra. Satu letupan terang meledak—dua kepala menjerit kesakitan dan terundur.

Namun, satu kepala mengejut tiba-tiba menyemburkan lahar ke arah Alia. Dia cuba berbalik, tetapi percikan panas mengenai bahunya. Grimoire di belakangnya mula bergetar.

“Tsk…!”

Dia berdiri, menggigit bibir, namun tidak sempat menurunkan serangan susulan. Hydra menembak semula, kali ini dengan aura gelap yang melumpuhkan.

“Ibu!” jerit Izumi.

“Jangan—fokus pada pertarungan. Ibu masih boleh berdiri!”

Di sebelah kanan, Iki mengayunkan dua pedang kembarnya dengan kemahiran tinggi.

“Soul Binding Slash – Eighth Spirit Gate: Heaven’s Vein!”

Tebasan besar menggoncang ruangan, tetapi kali ini… salah satu pedangnya patah. Gelombang balas menolak tubuh Iki jauh ke belakang. Dia rebah, tangan menggigil, dan darah mengalir dari bibir.

“Iki!” Alia menoleh, cemas. Dia cuba bergerak ke arah suaminya, tetapi gelombang haba dari lahar menghalang laluan.

“Aku dah tak mampu lagi… dia terlalu kuat,” ujar Iki dengan nafas pendek.

Alia turut jatuh melutut, cuba menahan pening dan kesakitan. “Grimoire… masih belum cukup masa cas.”

Kini tinggal Izumi yang masih berdiri. Terkepung, namun tidak goyah. Nafasnya laju. Mata merahnya bersinar dengan api semangat. Aura darah berputar di sekeliling tubuhnya.

[Status: Vampire Awakening Level 2 Tercapai!]

[Pasif Baharu: Blood of the Queen – Semua Stat meningkat 200% (Tempoh Terhad)]

Dia melihat kedua ibu bapanya—pahlawan yang dulu digelar legenda—kini hampir rebah. Tapi Izumi tidak menangis. Dia tidak goyah. Dia hanya menunduk sedikit, dan mengangkat tombak darahnya tinggi ke udara.

“Aku… takkan biarkan sesiapa tumbang demi aku. Ini bukan pengakhiran.”

“Skill Ultimate – Crimson Domain: Blood Requiem – Queen’s Last Rite!!”

Langit gua berubah menjadi merah gelap, darah membentuk lingkaran rumit di udara. Sayap merah terbentuk di belakangnya, dan rambutnya melayang seperti dilambung badai. Aura tekanan mula menusuk seisi ruangan.

[Amaran: Mod SOLO AKTIF – Tiada bantuan. Pertarungan hidup atau mati bermula.]

Keempat-empat kepala Hydra kini memusatkan pandangan kepada Izumi—yang berdiri seorang diri.

Dan Izumi, Ratu Darah, melempar pandangan tajam—mata bersinar seperti bara api darah.

“Aku tak gentar.”

Dia melangkah ke hadapan, menentang musuh itu bersendirian.

Setelah beberapa minit bertarung izumi kini telah menerima sejumlah Damage yang tak terhingga jumlahnya hampir belasan healing potions digunakan agar dapat imbang dengan hydra tersebut. Namun disebabkan kurangnya pengalaman kelebihan seperti level yang lebih tinggi tidak berguna.

Kaki Izumi menggigil, jubahnya koyak ditiup gelombang panas, dan aura tekanan daripada Hydra berkepala empat kini menindihnya tanpa belas. Kedua-dua ibu bapanya—Iki dan Alia—terbaring di tepi arena, tercedera parah, tidak sedarkan diri.

"Tak mungkin..." bisik Izumi, nafasnya tersekat.

[Status Rakan: Tidak Mampu Bertarung]

[Amaran: Boss Hydra Memasuki Extra Hidden Phase]

Hydra meraung, empat kepalanya menjulang ke langit ruang gua yang retak. Setiap mulut bersedia melancarkan elemen maut—api, racun, petir dan bayangan kegelapan. Suasana dipenuhi getaran maut. Tidak ada sesiapa yang datang membantu. Tidak ada sistem yang beri jalan keluar.

Hanya dia.

Izumi.

Tiba-tiba, suara sistem berdengung dalam telinganya.

> [Syarat Tercapai.]

[System Awakening Dibenarkan.]

[800 Level Anda akan ditukarkan untuk mengaktifkan Skill Legenda.]

[Anda pasti?]

[Y/N]

Izumi mengepalkan tangan. Air mata hampir gugur, tapi dalam hatinya membara satu suara—suara tekad.

“Aku bukan budak manja... aku Blood Vampire Queen. Aku anak kepada pembina dunia ini!”

Dia tekan [Y].

> [Skill Ultimate Diaktifkan: Battle of Naval - The Ending Ultimate]

[Mode: Hybrid - Serangan & Pertahanan Aktif]

[Mana Konsumsi: 1% Aktif | 0.5%/s Durasi | Regenerasi Aktif > 80% mana drop]

[Passive: +Stat Life Stack, +Damage, Heal, Defense, Skill Range]

Satu letupan aura merah-hitam menyelubungi tubuhnya. Lingkaran sihir kompleks terbuka dari bawah kakinya, dan dari langit gua yang retak, satu bayangan kapal perang berdarah muncul—Drak Blood Ship. Deruan angin seperti letupan artileri mengiringi kehadirannya. Di dalam kabin utama, satu entiti membuka matanya.

Name: Aly

Age: 600 Tahun

Class: NanoHuman (Mode Terkunci)

Namun sistem belum membenarkan bantuan penuh.

> [Status: Belum kritikal sepenuhnya. Bantuan penuh ditunda.]

[Mode BON Aktif. Semua statistik meningkat secara eksponen.]

Mata Izumi berubah menjadi biru dan bersinar. Rambutnya berubah warna kehitaman, dan darah di sekelilingnya membentuk sayap seperti lambang naga.

"Hydra... mari kita tamatkan ini."

Dalam sekelip mata, dia bergerak. Dengan hanya satu ayunan tombaknya, gelombang darah menyembur ke arah kepala pertama Hydra, melumpuhkannya seketika. Kepala kedua membalas dengan semburan racun, tetapi perisai darah yang membentuk sendiri menyerapnya.

> [Mana: 79% — Passive Regen Aktif | Life Stat +1]

Serangan demi serangan dipertahankan dan dibalas. Setiap serangan Izumi menjadi lebih besar, lebih luas, lebih tepat. BON memperluaskan jangkauan skillnya. Sekali tebasan, gelombang darah menghentam dua kepala sekaligus.

Namun kepala keempat—bayangan kegelapan—menyusup diam-diam dan menembak pancaran hitam tepat ke dada Izumi.

BOOM!!!

Tubuhnya terpelanting menghentam dinding batu. Darah memercik dari mulutnya.

> [Mana: 45% | Life Stat: +12 | Passive Heal Aktif]

“Tak cukup... Aku perlukan lebih...” Izumi mengerang, bangun perlahan.

Tiba-tiba, satu suara bergema di telinganya. Suara perempuan. Dingin, tajam, namun penuh keyakinan.

"Izumi... mahu aku bantu?"

Izumi tergamam. Suara itu...

"Siapa—?"

"Aku Aly. NanoHuman yang diwariskan dalam Battle of Naval. Jika kau benar-benar mahu melindungi mereka… benarkan aku bantu."

> [Aktifkan: Mode Bantuan Ketenteraan?]

[Warning: Situasi kritikal diperlukan untuk mengakses Aly sepenuhnya.]

[Override sementara aktif. Form 1: NanoHuman tersedia.]

[NanoHuman Ally sedang disiapkan]

Izumi menggenggam tombaknya, mata membara.

“AYUH!”

Letupan dari kepala keempat Hydra ke dada izumi tadi telah menggoncang seluruh medan. Asap hitam bercampur magma menyembur ke udara, mencipta bayangan gelap mengerikan di belakang makhluk itu. Api dan racun meliputi langit gua bawah tanah. Alia dan Iki kini terduduk, tubuh mereka lemah dan terluka, bernafas dengan payah. Mereka sudah mengeluarkan segala kekuatan—namun tetap gagal menjatuhkan Hydra berkepala empat.

“Izumi…” suara Alia lemah, pedangnya tercacak ke tanah sebagai penyokong terakhir sebelum tubuhnya rebah. Buku sihirnya yang tersembunyi kini mula bergetar—kehabisan tenaga magis.

Izumi berdiri seorang diri di hadapan Hydra, wajahnya berlumur darah dan peluh. Nafasnya laju, namun semangatnya tidak pudar. Sambil menggenggam tombak berdarahnya, dia menunduk—mengenang semua yang dilaluinya sejak memasuki dunia ini.

"Aku… bukan sekadar pemain biasa... Aku anak mereka. Aku... Izumi!"

Saat itu juga, sistem mengeluarkan notifikasi khas:

[Amaran: Kondisi darurat telah dikesan!]

[BON – Battle of Naval – memasuki mod pengaktifan penuh]

Aura biru-merah hitam meletus dari tubuh Izumi seperti ribut plasma. Di atas langit gua, portal berbentuk mata naga muncul, berpusing deras. Dari dalamnya, suara mekanikal yang dingin namun feminin kedengaran.

> “Kod pengesahan diterima: Blood Commander Izumi. Unit Sokongan Tempur sedang dihantar. Masa ketibaan: 5 saat.”

Bersama cahaya merah menyilaukan, sebutir kapsul logam besar jatuh dari langit, menghentam lantai dan mencipta kawah api. Penutupnya terlerai, dan dari dalamnya, muncul seorang gadis tinggi dengan rambut perak berkilau, mata bercahaya biru neon—pakaian tempur nano armor dengan lambang naga berdarah di dada.

> “Unit nama: Aly. Umur: 600 tahun. Status: Aktif.”

“Mod tempur: NanoHuman diaktifkan. Penilaian ancaman: Hydra, kelas bencana.”

“Izumi-sama, sila beri arahan.”

Izumi tersenyum nipis. “Aly… Hancurkan kepala kanan. Aku akan uruskan dua di tengah. Kepala kiri biar aku tamatkan sendiri.”

Aly mengangguk dan meluncur ke depan dengan kelajuan menakjubkan. Dua bilah pedang tenaga bercahaya biru muncul di tangannya. Dengan satu kilatan, dia menerobos api dan racun, lalu mencincang kepala kanan Hydra dengan tujahan silang!

> “Twin Energy Blades: ‘Eclipse Execution’ — berjaya!”

Hydra menjerit lagi, namun Izumi kini sudah di udara, matanya bersinar merah pekat. Darah berputar seperti badai di sekelilingnya.

> “Crimson Domain – Bahagian II: Blood Implosion!”

Kepala tengah meletup dalam kabus darah selepas dihentam dengan ledakan tenaga berdarah. Namun kepala kiri yang terakhir—yang kini paling agresif—melompat dengan rakus, cuba membaham Aly dari belakang.

> “Mode perubahan: Destroyer.”

Aly melonjak ke udara, dan satu laras besar muncul dari lengannya—rail sniper gun bersaiz gergasi, berkilau dengan kuasa tenaga.

> “Ultimate Rail Sniper – ‘Heaven Piercer’!”

Tembakan dilepaskan. Ledakan plasma biru tembus terus ke kepala kiri. Kepala itu tercabut dan terbakar, jatuh ke tanah dengan deruman runtuhan.

Kini hanya tinggal satu kepala: kepala keempat—paling besar, penuh dengan simbol sihir kuno dan mata berwarna ungu gelap.

“Izumi-sama… bahagian terakhir ini, hanya kau yang boleh tamatkan,” kata Aly, nafasnya berat.

Izumi melangkah ke depan. Bon aktif, darah mengalir dari lantai ke tubuhnya. Semua statistiknya meningkat drastik.

“BON – Final Pulse: Blood Commander Ascension!”

Tubuh Izumi diselubungi jubah darah yang membentuk perisai hidup. Tombaknya bertukar menjadi bentuk suci—lebih panjang, dengan bilah yang menyala seperti matahari berdarah.

Dia berlari—dan melompat tinggi.

"Aku bukan boneka dunia ini... Aku Raja Darah!"

Serangan terakhir—dilancarkan!

Tombak suci Izumi menghujani kepala terakhir Hydra dengan kekuatan gabungan darah, semangat, dan keazaman. Terdengar jeritan ngeri yang memecah seisi gua, diikuti ledakan besar berwarna merah dan ungu—tenaga gelap terakhir Hydra menghilang bersama nyawanya.

[Boss Hydra – Fasa Keempat – Dilenyapkan]

[Sistem: Tahniah! Anda telah menamatkan Hidden Phase Hydra: Curse of Chaos Flame]

Namun, tiada sorakan. Tiada perayaan. Hanya kesunyian—dan napas berat yang tertinggal.

Izumi terduduk sambil tercungap-cungap. Aura Battle of Naval mula hilang dari tubuhnya. Cahaya yang menyelubungi perisai darahnya pudar dan menghilang, mata dan rambutnya kembali ke warna asal seperti jiwanya kembali ke keadaan asal. Di sisinya, Aly melangkah perlahan—armor nano di tubuhnya mula merekah dan terurai menjadi zarah-zarah cahaya biru.

> “Izumi-sama… Drak Blood Ship akan dikunci semula. Sistem BON akan hilang sementara—hingga kamu layak menyandang gelar Blood Commander sepenuhnya.”

Aly menyerahkan sebuah orb kecil yang terapung di hadapan Izumi. Ia kelihatan seperti kristal berdarah dengan lencana naga merah di tengahnya.

> “Ini adalah Command Quest Relay—pesanan terakhir daripada sistem BON. Satu hari nanti, kamu akan tahu ke mana ia ingin membawamu… dan siapa sebenarnya kamu.”

Orb itu berubah menjadi simbol misi:

[Quest Khas: Legacy of the Blood Commander – Belum Dibuka]

Namun Izumi tidak membukanya. Tangannya terketar, emosinya masih kacau.

"Aly… tunggu," ucapnya lemah.

Aly hanya tersenyum lembut.

> “Aku akan menantimu di lokasi itu. Jangan mati sebelum sampai, Izumi-sama.”

Kemudian tubuh Aly berkilau dan hilang bersama cahaya teleportasi—kembali ke dimensi simpanan Drak Blood Ship. Tiada satu bunyi pun tertinggal kecuali angin hangat yang membelai rambut Izumi.

---

Dalam kabus selepas pertarungan, Alia dan Iki perlahan-lahan bangun dari reruntuhan. Walau tubuh mereka luka parah, semangat mereka tetap menyala.

“Izumi…” Alia menutup mulutnya—mata berkaca.

Iki meletakkan tangannya pada bahu Izumi, penuh bangga.

“Anak kita… dah jadi legenda,” katanya, tersenyum walaupun wajahnya berlumur darah.

Izumi berpaling, memandang mereka berdua. Tiada kata-kata. Hanya air mata yang mengalir pelahan di pipinya—sekaligus membasuh debu pertempuran.

Satu notifikasi terakhir muncul:

[Skill BON – Battle of Naval – Dinonaktifkan]

[Syarat Pemulihan: Reclaiming the Bloodline – Legacy Quest Locked]

[Level meningkat: 0 → 520]

[Skill baharu diperoleh: Crimson Drive | Blood Radar | Legacy Resonance (tersembunyi)]

Dan dengan itu, pertempuran pertama Izumi sebagai pewaris darah sebenar pun berakhir… namun kisahnya baru sahaja bermula.

More Chapters